Tuesday, September 10, 2013

Mencuba rasa,,,

Restorent china muslim
Ramai yang tahu sememangnya fakta
Makanan orang cina ni adalah nan sihat belaka
So kali nie entry adalah pasal makan
Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang
Main redah dari kampung delek ke jalan meru
Hanya memakan masa 1/2 jam saja ikut highway nkve
Lalu exit setia alam,dan tak berapa jauh dari lokasi bustand
Klang sentral ke lokasi kali ini..
Nama kedai makan dia adalah mohamad chan.
Bersama isteriku redah makan katanya!...

Sunday, April 28, 2013

Movie time wiff cik na iron man3

Setelah kian lama menghitung hari menanti akhirnyaaa...
Maka daku dan cik na meredah ke CITTA MALL tuk melayan iron man3..

Woow ramainya masa nak tunggu hall dibuka,ingatkan ramai sangat orang yang nak tonton ini cerita...tapi?. Setelah masuk kedalam hall5 boleh dikira dengan selayang pandang berpa kerat jew yang tengoj ironman3 sebab masa tayangannya pada firstday adalah hari jumaat bersamaan 26-4-2013,so mungkin ramai yang berkerja lagi kot...

So jom layan kannn...mana sesiapa yang belum tengok dipawagam,so masih lagi ditayangkan dipangung berhampiran ada masa meh chilllex sebentar layankan tuk releasekan sejenak mata dan otak jom ke panggung berhampiran....

Meriahkan pesta buku...

Akhirnya mendapat jua setelah sekian lama menanti dan ada masa free.
Trus mencari ke booth selute press dan grab buku,under aloy paradoks serta sambar dvd "kontradiksi" yang daku menanti sekelian lama,

Dari kelang ke pwtc bersama cik na,malas melanda dek kerna sebelah petang kelihatan cuaca mendung,so naik la pengangkutan awam komuter,setelah sekian lama daku tak naik transport public nie,kecuali malas melanda nak drive ataupun menungang "black horseku" risau pulak kang kuyup sebelum sampai ke halatuju.sesampai kat pintu masuk dari jauh aku dah disambut dengan senyuman si amar amir husband kepada fazleena hisamuddin,terus daku mencari plan guide mana letaknya booth si aloy paradoks nie.akhirnya mendapat bukunya,ingatkan bila mana aku bersua sama tukang tulis SEKSI OVARI Masa jumpa memula nak mintak sign kat buku tapi dia dah nak gerak jew,so terasa la hampa seketika.bila aku dah grab buku nie dandan pulak nak ke toilet,so lepas kuar dari toilet sambil lalu terpandang amar amir dan wifenya tukang tulis:-) SEKSI OVARI sedang melayan peminat bukunya berseisi autugraph,aku dengan segannya nak mintak sign dan nak snap picture wifeku bersama dengan tukang tulis SEKSI OVARI?

Memang tak daku sangka semata?...
Keluar dari pwtc ingat nak pergi makan dulu?, tapi hujan lebat melanda  bumi kuala lumpur..

Gerak laku terasa romantik bilamana berjalan dalam hujan berpimpinan tangan menghala ke stesyen putra komuter...

Memang tak daku sangka semata akan khatam hanya dalam train,
SEKSI OVARI Nukilan hasil tukang tulis dari fazleena hisamuddin
Yang boleh aku katakan adalah berintikan kisah asam garam situasi sekeliling kita,berkasih,bercinta,patah hati,berumahtangga,dan mengadap nanti usia tua bersama pasangan kita...

Jujur ikhlas dalam penulisannya...
Membuat kita terasa merasakannya MAKAN DALAM
Tentang hati..tentang perasaan..tentang rumah tangga..tentang kisah sekeliling kita kupas lara.. Dia MELARAM DENGAN SEKSI OVARI...
Daku tak sabar menanti next booknya...

Monday, November 26, 2012

~Muka Buku~ Dalam diam~diam...

Doakan kami berbahagia hingga hujung nyawa...

~Salam~
Pembuka bicara.
Setelah kian lama menyepi,kini daku kembali membelogkan diri di arena ini,

~Muka Buku~
Setiap sesuatu itu penuh dengan rahsia darinya illahi,segala bapak master plan jua adalah darinya siapapun tiada akan tahu..
Lalu aku merasakan diri lebih kerdil.saat mengenangkan kembali,dari titik mula aku mengenalli Cik naa,sehinggalah ia akan bergelar
Permaisuri dalam kamar hatiku esok,lusa,next change dan selamanya...

~Jemputan~
Maka dengan ini untuk meraikan kami merpati sejoli ini,kami akan dinikahkan pada malam 07/12/12,selepas isya.
Lalu selanjutnya esok harinya 08/12/12,adalah hari persandingan kami nan akan bermula pada 11:00am sehinggalah  jam 3:00pm
Sebelah malam pula ada majlis menyambut harilahir anak sedara akan bermula selepas solat maghrib dan akan berakhir pada 10:00pm.
Sudilah kiranya sahabat, rakan taulan saudara~saudari,encik,puan,dato,datin,memeriahkan majlis kami nan seadanya nanti...

~photo shoot~
Sempatlah jua kami merakamkam sedetik cuma beberapa gambar praweeding yang berkonsepkan Zaman 60an,terima kaseh jua tak terhingga pada sesiapa jua nan menjayakan photoshoot kami ini.buat keluarga kamariah dan istana hinggapnya,puan norazian sekeluarga,Tengku Erriz,Cik Nadya rahim dan eheemmnya,serta sicilik camera gurl Nazeera,serta nan namanya tak disebutkan harap~harap diamponkan sembah patek...
Disudahkan dengan pantun petupnya,

"
SIREH JUNJUNG DIPERDU LADA
DIBAWA OLEH SIANAK DARA
SUDILAH KEMAJLIS NAN SEADA
KAMI MENJEMPUT SEMUA SANAK DAN SAUDARA
WARNA WARNI CERIA PENGHIAS MAJLIS
DOAKAN SEMUANYA LANCAR SAMPAI PENGAHBIS "

Monday, May 7, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

Sejenak cuci mata dengan air terjun pandan @ pancing

Add caption
 Seperti yang dijanjikan entah mengapa memang tak plan b apatah lagi plan c,seawal bangun tidurku jam 6:00pagi mata dah terbayang pemandangan nan indah air terjun sungai pandan nan berdeketan dengan felda pancing.jalan nak masuk kesini dari luar simpang jaya gading adalah 5 kilometer.tup-tup aku dengan cergas terus pek apa yang patut dan terus menuju hala ke kuantan ikut jalan lama KARAK...

Sesampai disana aku rasakan sejuk dingin ketulang telah terasa cuaca nan dingin,berkemungkinan hujan bakal turun rasanya.apa yang boleh aku katakan satu pemandangan nan indah yakni airterjun terbentang indah didepan mata,lalu dengan cergas berbekalkan kekasih gelap12 ku terus melaksanakan misi yaitu snap-snap apa nan cantek viewnya...


boleh tahan jua pengunjung kebanyakannya adalah orang melayu,dari yang couple hinggalah berfamily.siap ada yang berbeku lagi..tapi ada sesetengah orang buat-buat tak tahu jew?,ada tempat yang dikuatkuasakan dengan singboard kawasan "KAWASAN LARANGAN MEMBAKAR" tapi relak jew,seperti ayat formal ~human make rule to broken~ so makanya tidak hairanlah bilamana ada hutan terbakar ataupun dengan sukannya mereka melanggar perintah sampai ada yang aku lihat sanggup memanjat batu licin,jika terjadi apa-apa maka tanggunglah sendiri yek...


so,,sampai disini dulu bicara pasal air terjun pandan nie..apa yang boleh aku katakan memang awesome viewnya...terbaik sebijik macam dalam poskad yang pernah aku dapat satu masa dahulu..so tunggu pulak next entry yek...






Add caption

Saturday, April 21, 2012

cukup sekadar gambar bercerita...

maka tanpa aku duga bila tangan dan minda bergerak ligat apatah lagi masa nie aku dalam perjalanan pulang dari penang ke kl actualy,ntah macammana tetiba jew aku teringatkan tasik banding punya view yang pernah aku usaha kat picture google..so misi seterusnya tunggu je next entry akan aku ke pahang snap beberapa keping gambar air terjun pancing pula...

apa yang boleh aku katakan dalam perjalanan dari penang ke laluan gerik nie adalah memang mencabar,sampai aku tersalah simpang al-maklumlah nak jimat kos ikut jalan lama.melalui jalan banjaran titiwangsa memang sangat mencabar akal dan minda nan waras,pabilamana kalo tak berhati-hati masa memandu boleh mendatangkan kecelakaan...so memang rare la jalan nie..memang keras woo...selekoh terlalu tajam dari selekoh di genting highlands,jika selepas hujan nak kena berjaga-jaga berkemungkinan besar tengah drive boleh terserempak dengan gajah liar...

apa yang aku risaukan jalannya terlalu sempit dan mencabar apatah lagi kerja aku sebagai seorang driver la kan,jalan yang aku lalai nie amatlah mencabar,kerna walaupun hujan tak melanda kemungkinan besar jalan akan menjadi licin dan terlalu basah dek simbahan air kabus nan di bawa oleh awan yang bukan nano haha...apa yang aku nak nasihatkan jika melalui jalan ini adalah siapkan mental dan jua jiwa nan kental kerna jika ada breakdown aku rasa tak tau apa yang kau bakal jumpa jap lagi,bukan menakutkan cuma bersiap sedia dari segala mental itu aje boleh aku kata.kerna silap haribulan pak belang pon boleh mengaum kerna disinilah terdapatnya hutan nan betul-betul dara al maklumlah  LEMBAH BELUM menanti maknanya memang betul-betul tebal la hutan nan ada dikiri dan kanan jalan...

Sunday, January 29, 2012

Melayan bakal artis rakaman Luncai emas

Sambil 3juta rakyat malaysia dok melayan juara lagu samaada kat rumah atau kat stadium,yang pasti aku ble lari dari keadaan itu semua, aku berlari ke timesquare dan melayan karaoke anjuran luncai mas dan sponsor by radio suriafm..dari awal hinggalah terakhir dan termaktublah siapa juaranya kerna pilihan juri yang terlatih katanya...


yang aku hairan kerna kebanyakannya peserta karok nie adalah macam tak buat study agaknya dia worang nie bulat-bulat kalo bole nak tiru sebijik macam penyanyi asal,mana ble menang jika ada nawaitu pembawakkan suara nan macam tu,komen biasa oleh para juri waima tak pro sekalipun akan berkata sedemikian rupa...kerna penonton sekarangpon kebanyakkannya dah celik dan cerdik it belaka...






Serang hendap gambang waterpark...

 HA..ha..ha....
Apsal aku gelak?,sebab dapat realese tension laaa..memang pax giler ramai mejoriti 100% adalah yang datang ke gambang water park ni adalah orang melayu..mana pergi bangsa lain selain melayupun aku tak tau la kan.bersempena dengan cuti umum sempena gong xi fa chai pada 24/1/12,seawal jam 0900 pagi kita orang gerak dari rumah puan norizan jamian dan husbandnya yakni selaku adik angkat aku yang sejak dari kecik lagi mak husband si ejan nie merangkap selaku mak mertua dia telah menjadi mak angkat aku..


kami gerak dengan 2 buah kereta,sebiji lagi kereta kakak si ejan kak long dan keluarganya serta bersama maknya..sesampainya didepan pintu gambang waterpark sungguh tak aku sangka dari yang kecik sampai la ke bangka memang penuh,semuanya pakat serang gambang waterpark nie.hampir semua tempat gazebo@ cabana penuh dihuni oleh sekeluarga.apa yang nak aku katakan disini adalah bukan pasal padat dengan manusia sahaja tapi pasal top up counter tu adalah kerana???????..
pertama sememangnya tak bley sesekali bawak makanan dan minuman dari luar itu standard la kann..yang aku nak citer bila nak masuk kita akan dapat gelang dan ada bar code?,so dia akan scan barcode tu bila kita nak sewa segala peralatan seperti pelampung dan sebagainya,nasihat ku dari awalan semasa membeli ticket nak masuk diawalan lagilah kena top up itu duit didalamnya,bila dah mandi lelama perutpun mula la laporkan,so nanti cuma beratur di tempat makan yang ala-ala restoran ambik order dan scan itu barcode aje,jangan risau pasal lebihan balance tadi akan boleh di tebus dicaunter no5...so aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang mengenalli diri ini...






Layankan jap...

Entah apa pasal ntah,aku terasa bosan sesangat dok umah pada sabtu yang haru,kerna aku baru je balik dari melaka ke jasin demi tugas.so sebelah malamnya aku free lalu aku layan la sesorang konsert kat karangkraf seksyen15 shah alam nie...

Apa yang boleh aku katakan sound syestem dia agak out sikit.seriusly telinga aku nie memang peka bab bunyi ne sama ada dia worang tak buat sound check?,atau sekadar ala kadar je atau ble sedap didengar ikut selera telinga dia worang la kan.apa yang aku pelik pasal anugerah malam tu adalah tang papa hot dan mama hot dimenangi oleh si norman hakim buat papa hot dan mama hotnya adalah abby abadi..macam dah disusun atur je kannn...

Walau apa pun, ada satu insiden yang aku tak ble lupa adalah bila si akimAF sambil menyanyi dia ble turun bawah trus grab tangan rozita che wan sijanda meletop tu?.dan lepas tu ada seorang mamat ne trus je naik ke atas stage tarik tangan rozita che wan ne dengan cara bersopan la terus ajak ke bawah duduk balik...haha aku tak tau la nanti reporter karangkraf nak tulis apa itu cerita dalam majalahnya kannn...

ne aku senaraikan yang aku ingat ANUGERAH YANG ADA DAN SIAPA YANG MENANG...

1} MAMA HOT ~ ABBY ABADI

2} PAPA HOT ~  NORMAN HAKIM

3} JANDA HOT ~ NORA DANISH

4} DUDA HOT ~ BEEGO

5} WANITA RAMBUT MENAWAN ~ FAUZIAH GAOUS

6} LELAKI RAMBUT MENAWAN ~ GAMBIT

7} ARTIS STYLO ~ STACY

8} ARTIS KULIT MENAWAN LELAKI ~ ARON AZIZ

9} ARTIS KULIT MENAWAN WANITA ~ DATO SITI

10}

Wednesday, January 25, 2012

Masih ada lagi ini Restorant McDota SEGAMAT


   Salam pembuka selera?
test..test..testing..setelah sekian lama aku meningalkan dunia blog yang dah sekian lama di tebal oleh sawang nie,so sempena pada tahun 2012 ne,aku berharap ia akan hidup kembali semula dan bernyawa..setelah aku dapat menyambar camera g12.yang ku gelarnya perakam masa..
 So baru-baru nie aku pulang ke kampung ku yang bernama ~SEGAR AMAT~ bersempena dengan cuti gong xi fa chai,so dalam pusing town nak carik makan?,apa yang aku nampak adalah kelainan dari biasa restoren nie adalah menu ayam masakkan ala melayu..


                                                           
Add caption
Jika setakat McD ke KFC ke ataupun MARYBROWN tu macam dah biasa sesangat,so ne dia nan lain dan masih teguh berada disini adalah McDOTA.dari aku kechil sehinggalah aku dewasa sekarang nie masih teguh dan still beroperasi macam biasa,,,teringat pulak kat arwah atuk aku yang dulu semasa aku kechil dia pernah bawa aku makan kat sini.situasi dan keadaannya masih tak berubah lokasi dan tempat yang sama!,cuma yang berubah adalah kita dan tahun sahaja.restoren ne still maintain macam dulu gak...


WALUPON kita dah masuk ke tahun 2012,aku mengharapkan sesangat agar generasi yang akan datang akan sempat serta merasa akan masakkan makanan yang masih lagi gah ini..so buat arwah atukku al~fatihah buatnya..kerna ada kenangan nan terindah bersamamu,,tapi yang pasti masih beroperasi dan teguh restoren  ayam goreng nie.. nasi ala ayam,ayam goreng,sayur masam manis ala arca dan sos pencecah ayam adalah kuah kari,saat aku menulis niepon aku rasa macam nak balik je ke kampongku walaupun aku dah berada di kota lumpur nie semula..

so sampai jumpa lagi di lain entry....





Tuesday, March 29, 2011

Naga Laga Sakti

9naga laga sakti berpusing rungsing
sejuk beku otak cair mengalir air
jangan kejut jika tidur
batuan cair jilat api kalah mati
punggah amarah sanggah memunah
pasong derita kacamata belulang hilang arah
amuk seekor lain berdengkur resah tegur haba nafas
bersin senafas terbakar tasik gulana buana
pendekar buana utusan diraja mengata puaka pada
tasik biru jadi harubiru kecamuk jiwa
kian gundah gempita
usah jentik atau membangkit
segala nista beroleh penyakit
9naga gurau senda gelombang suasana
bola api kuasa keramat teramat
dalam tasik segar amat membiru
seluas tasik gemersik berbisik
luasnya jauh pandangan mata
mangutus sang raja nujum alam buana
barang berantah bisa dibunuh semua naga
berteka nujum 9naga laga sakti
akan buat bakti ini negeri
petaka menimpa wabak virus digital belaka
mantan menteri gigit sehabis jari
botak kepala renung memikir
corak apakah mainan mencongak untung
kuasa salah silah mengguna sang naga
silatra epik sedia memekik mulut ke telinga
sedia merepek
putih bulan hijaunya alam
gelombang membiru bermuntah hijau
timbang tara pahala dosa atas dacing
biar katamu hancing atau penuh kenching
semuanya hangguk tak berkeciping
9naga laga sakti sunyi berteleku
sepermai tasik biru bisu usah usik
mahu membangkit segala derita berakhir jua
lepaskan manifesto janji ditali pegang
amanah integeriti diri cari kemana
salah diri selammi dasar jiwa bukan pada kroni...

Kota Lumpur

andai turunnya hujan membasah tubuhku

menghilang segenap palitan dosa

dari kota lumpur aku bersyukur

biar halilintar menjamah diri aku sudi

kerna lumpurnya penuh dengan noda

basuhlah palitan palat noda nan cerca aku sudi

kerna gergasi berkroni rakus menghisap darah

aku parah kian kerdil dilohong hutan konkrit

aku kian mengecil bagai parasit parasit sesat

dikota lumpur

saat basah dalam hujan bersama dentuman halilintar

otakku ingin menjadi pintar untuk keluar

dari zon tidak selesa ini

tujukkan aku adakah kiblat kompasnya...


30/03/2011 11:35am

Thursday, February 17, 2011

Bertuhankan hati Berajakan nafsu

lemparkan kata-kata bangsat

pada sebuah bangsa nan layu

mundar mandir bagaikan pandir

menegakkan senantiasa benang basah

monologmu tak pernah sangkut di rongkong

luahkan ludahkan kata tak berbendung

sumpah seranahmu bagaikan hikmat

menyusur akar umbi sahsiah berkerajaan

menang-menang sorak menang-menang hati

berkata dusta siapapun percaya

kerna kau bertuhankan hati berajakan nafsu

tunduk patuh tak semestinya mengalah diam

susun atur gerak rencana gerak gempur

nan dahagakan kuasa besar kantung berjuta...



peduli pada nista menghina

pada kau anjing menyalak bukit

yang tak mendatangkan penyakit

ritmamu selagu senada kakimu

lagu perjuangan kejayaan

sedang bawahhanmu bagai debu

disapa angin pasti hilang

tak terjelang bantuan menghilang

celaka celaka celaka

mengaduh rakyat pada penjagat

merintih bagai mengemis ihsan

pada sememangnya itu keperluan

depan lain belakang berwarna deramamu

tanggung lah didunia jawaplah diakhirat

amanah kau pikul bukan dibahu galas

tapi kau junjung secermat tatangan

patut kau sembahkan pada jelata

agar hidupnya tidak melata...



17022011 08:08pm khamis

Monday, January 10, 2011

perakam hentian masa...

terkedu terkulat mataku buntang

saat memerhati photo demi photo

sengaja atau tidaknya terbelaku

kepicing segenap alunan muzik

nan tak masuk radio bingitkan telinga

selari susunan memori saat menatapnya

pada pendatang hentian masa

kaku beku masa sejenak terhenti

berbolak balik masa tak kembali

hitung pada nasib corak pada takdir

saat itu adalah saat itu memangnya

saat ini takakan menjadi saat itu

kerna karmanya memang begitu lukisannya

nak diulang sama perakam hentian masa

susur bagai busur panah jatuh ketanah

menangkap memori tunggu tak pernah lari

yakinkan aku pada waktu adalah saksama

rongga otakku bagaikan otak udang

tujahhan memori segenap tak diundang..


petik klik cahayanya menarik

hentian masa sungguh tertarik

terhenti masa bersama tarikh

walaupun kau capai siplanet marikh

pesona tak hilang mata memandang

ada yang jauh ingin menjelang

kagum teramat perakam masa

belek ku belek kelanjut usia

sadarkan aku di penghujung masa

putih hitam susunan tipikal

seribu warna tipuan semata

jangan mudah terperangkap dalam

hentian masa yang kau gengam

siapa tahu masa depanmu kelam

silaunya sirna kau lepaskan tadi

butakan sekejap nawaitu hati

peroleh nan terindah gambaran layaran

singahsana mimpi tak boleh diabdi...

10012011 04:30pm

Thursday, January 6, 2011

pelita siang hari

saat terang mentari benderang
bergunakah pelita ditengah laman
bukan terlanjur menemanni sang mentari
cuma mencuri terangnya hati
nan kian malap dek silaunya mentari
pantang terang siang bersuluh
jika mata selingsingnya kelam
duduk ditanga merenung
mencemuh sang pelita nan tak berdosa
pada sesiapa hidup berkalang
sumbunya malap berbekal minyak tanah
hanya sepenabung cukup masanya padamlah ia
saat suka bersangka baik
sesama adakah saat sedih bersangka buruk pula
rimbun rimpun hidup berkawan
saat tangis berduka mentelaah hikmah
sendiri bagai pelita menemani sayu malam
terkadang terlajak sampai tengah hari...


biar parah ku telankan jadam
andai itu benarnya penawar
kudakap derita dalam titisan bahagia
anugerah tuhan amanah sang hamba
lorong dan lohong hidup harus ku laluinya
bekalkan pelita iman di dada
terus menebal kelam jelaga kalam alam penafsir mimpi
temukan aku penjaga malam
khabarkan derita sebening hilangnya jelaga malam...


hilangkah pedoman tersentak mimpi
saat realliti terlihat mata
menyala pelita siangnya hari
terkadang mata tipuan semata
bilamana percaya soalnya hati
bertanya merasa mengalamminya sendiri
jangan menghukum saat salah pertama
dunia berpusing ada paksinya
mungkin ini pusingnan pertama
kalah menang adat duniawi
menghitung keangkala salah diri
sirnanya pelita cuma sementera
apatah tak sudi disiang hari
kelak ianya beransur hilang
bila bekalan intipati melenyapkan
segala benderang bukan alang kepalang...

08012011 07:43pm

Tuesday, January 4, 2011

Darjat kau dan Aku...

tinggalkan aku sekejap
kalau kau tak mahu anggap
ganggu gugat situasimu
monolog sangkut di rongkong
keluar cuma batuk-batuk kecil
ku telan sepahit kutukan
biat terhambur batuk darah
kerna dek makan seranahmu
hey..kau yang dijulang
kata-katamu alang-kepalang
yang jauh mahu menjelang
keramat petahmu setajam bisa pedang
patahkan segala kata nista dia
menang kalah belakang kira
kepuasan hati bukan meruntun nafsu
putus benang basah apa ditegakkan
momentommu sejauh akalmu
ledakkan difikiran cuma
sangkut dengan mimpi burukmu...


tinggalkan aku sekejap
merenung selangkah tadi
sesaat yang tak kembali
menghitung salah laku
hey...aku saja yang bersalah
atau aku memangbodoh alang
bagai lembu berjanji ditali
atau kau menang sorak
tabur janji semanis bibir
siapa tahu dusta mahupun nista
di sebalik kemas pemakaianmu
kemeja putih tak senawaitu hatimu
biarkan aja bagai waktu dulu
haluan kita berbeza darjat
kerjaku mengerjakan kotor alam
bermain debu memikul beban
sedang kau menang berkata
dapatkan projek jutaan ringgit
sedang aku memanjang tak cukup ringgit...

05012011 01:10am

Friday, December 24, 2010

Toleransi yang tolak sana sini...

Mentelaah silap dalam toleransi
bisakah terjadi hilang kemaskini
susun atur bukan main catur
menang kecundang layar putihmu
laungkan saja kata keramat
biar kau bakar api segala keramat
pedulikan intipati sembang kosong
nan melopong pekikkan karisma
menangkap butir bicara cerca
lidahmu pedang membakar semangat
bangunkan segulur lembah lumpur
perjuangkan hak asasi akar umbi
tumbuh melata bagaikan kata nista
acukan soalan intipati jawapan
bukan lompat parit atau lompat parti
gunakan titian ikatan toleransi
dengar dulu ambik pakai atau pusing
jangan bedek jika matamu runsing
sasarananmu bukannya sarananmu
putar belitkan segala fakta
aku pilih mati dibelit ular
dari di belit kata dusta...


tujuan toleransi mengangkat persefahaman
dokong erat dibahu keikhlasan
kukuhkan segala ikatan muafakat
apa bangsa apa jua kaum 1 malaysia
sedang itu azali jurusan melayu
bukan tolak toleransi tolak sana sini
tepuk dada tanya akal nan waras
apa tujuan dan landasan kita
mematuhi memacu apa yang benar perlu
singgahsana dunia penuh wacana
lakonkan sebaik atau sejahat mungkin
watak apa mengapa pada siapa
sirna akan terpancar bukan seri muka
dari sikap biadap atau nan terpuji
cari silap selammi silap diri
dari kau fitnah sikap toleransi...

24/12/2010 08:08pm

Sunday, December 12, 2010

Serakah cinta...

kekasih hatiku kau sebat

biarkan hatinya kau rembat

namun cintanya kau tak dapat

rapat hiba sendu siapa

perlu ke ada yang tewas

perjuangan ini pertarungan bukan mawas

nafas-nafas separuh hayat

cerita kita berhikayat pendita

bukannya epik atau sekadar merepek

pandangan arjuna menusuk pecinta

kisahkan sahaja berlagu kasih

mudahan agar ada yang terpilih

lalu pasti pula ada nan tersisih

saat mengejar sang kekasih

jangankan kau menurut kata berturut

mengiayakan sahaja terus mengangguk

kerenah menjaga hati sang kekasih

jangan keangkala serakah cinta membuai ternoda

lemparkan iman gadaikan mahkota



hidup nan sekali tiada terperi...

TANGGUNG di dunia selamanya

JAWAB segalanya diakhirat sana

mulut terkunci lidah tak berkata

pasong derita saat pancainderamu berkata

jangan dicari jalan sesalan seribu alasan

mahkamahnya teragung keputusannya muktamad

bulatkan tekad kuatkan iktikad

luruskan nawaitu betulkan tingkah dan laku

pandukan cinta kejalan keredhoaannya

memujuk membelai segala derita

lukis terbias palitan diwajah

kerut seribu menahan penyiksaan

nescaya derita bahagia terima sahaja

kerna jalanan cinta insanni berbeza

pulanglah semula pada nas-nas dan rukunnya

beroleh bahagia janjinya syurga...

nukilan: akula aku 13/12/2010 16:23pm

Tuesday, September 21, 2010

melangkah gerbang pintumu...

sayup dengar kokokan ayam jaguh nan jantan

memulakan segenap hala tuju baru yang berhaluan

menerjah indah susana suria pagi bagai merelakan

salur galur langkah kanan membawa keberkatan katanya

aku cuba segigih kudrat nan diberi agar bererti

memamah pagi dinihari sugul hati selammi jatidiri

tujuan niat apa diciptakan selain beramal kepadanya

ingin melangkah kegerbang pintumu agar biarku lebih bererti

adakah tujuan hidup dipunyai dikasihi dan disayangngi

melatakan seruah kasih pada nan terpilih olehnya

melakar takdir sesama bersama harungginya dengan nan tersayang

mendidik termulia sekecil terzahir kain nan putih kita corakkannya

kau dan aku bergandingan tangan dan bahu semahu melaksana amanah

menjadi sebaik mungkin umat muhammad nan terpilih dikasih tak menyisih

sesejuk air zamzam mengalir mulus kasih kita bersama memberikannya

jadikan didikan terbaik mahkota berharga dalam alam dewasamu kelak zuriatku...


insan berguna gunakanlah akal pemikiran kejalan yang mulus jiwanya

kelak lantaran tak mudah melatah dalam tindakkan tingkahlakumu

gengam erat amanah perjanjianmu bersaksikan kalimah syahadah

jangan dileraikan simpulan kata dusta penuh dengan tipuan duniawi semata

seperti sibuta nan sering meraba dalam gelitanya mata namun terangnya jiwa

basahkan lidahmu dengan berzikirrullah agar terbimbing sentiasa hatimu kelak

tatkala selingsing senja melabukan tirainya adalah berganjak umur usiamu

lalu pikirkan olehmu duhai amanahku bertujuan kemana pelayaran hidupmu hari ini

jalan-jalan serong jangan kau selusurri kelak menambah noda dalam kalam hidupmu

kerna dirimu adalah dirimu yang tahu akan rahsia segenap jiwamu

jangan kau turutkan keangkala seruan nafsumu itu mengundang sengsara

kalimat-kalimat indah menutup segala keindahan imanmu terpedaya tak berdaya lagi

dalam kenakalan jenaka menjentik seluruh kesaktian luhur sebuah keteguhan iman

lalu pulanglah semula ke pangkal jalan yang diredhoinya selalu olehnya

basuh semula segenap kelam noda dengan benarnya taubat nasuhamu agar sewangi raihanni

jalanlah kamu pada jalan-jalan kebenaran dan keimanan yang terbentang untukmu...


jangan sesekali kau berpaut pada kata hatimu kelak kau tak akan disanjungi

kelak jua sama sepertiku melangkah jua dirimu ke gerbang pintu ini

bersama memikul amanah yang diamanahkan olehnya sama jua denganku

selagi kau beergelar manusia yang beragama islam ataupun di islamkan sekalipun

amanahmu dan amanahku adalah sama meski dirimu lelaki atau perempuan

jangan sesekali menafikan selagi bernafas sedalam insani syahadah islammu

bukan diri berkhtubah atau menceramahkan sesiapapun cuma renungan diri ini

bila berkata kita mudah lupa,bila berjanji kita mungkiri,tapi bila menulis bacalah ia

kerna bila baca ia berkali-kali meningalkan kesan pada akal dan jua tindakkan

renungkanlah ia dan jadikan sumber berguna oleh akal nan diberikan olehnya....



nukilan: akula aku...21092010 10:10pm