Sunday, December 12, 2010

Serakah cinta...

kekasih hatiku kau sebat

biarkan hatinya kau rembat

namun cintanya kau tak dapat

rapat hiba sendu siapa

perlu ke ada yang tewas

perjuangan ini pertarungan bukan mawas

nafas-nafas separuh hayat

cerita kita berhikayat pendita

bukannya epik atau sekadar merepek

pandangan arjuna menusuk pecinta

kisahkan sahaja berlagu kasih

mudahan agar ada yang terpilih

lalu pasti pula ada nan tersisih

saat mengejar sang kekasih

jangankan kau menurut kata berturut

mengiayakan sahaja terus mengangguk

kerenah menjaga hati sang kekasih

jangan keangkala serakah cinta membuai ternoda

lemparkan iman gadaikan mahkota



hidup nan sekali tiada terperi...

TANGGUNG di dunia selamanya

JAWAB segalanya diakhirat sana

mulut terkunci lidah tak berkata

pasong derita saat pancainderamu berkata

jangan dicari jalan sesalan seribu alasan

mahkamahnya teragung keputusannya muktamad

bulatkan tekad kuatkan iktikad

luruskan nawaitu betulkan tingkah dan laku

pandukan cinta kejalan keredhoaannya

memujuk membelai segala derita

lukis terbias palitan diwajah

kerut seribu menahan penyiksaan

nescaya derita bahagia terima sahaja

kerna jalanan cinta insanni berbeza

pulanglah semula pada nas-nas dan rukunnya

beroleh bahagia janjinya syurga...

nukilan: akula aku 13/12/2010 16:23pm

No comments:

Post a Comment