Sunday, January 29, 2012

Melayan bakal artis rakaman Luncai emas

Sambil 3juta rakyat malaysia dok melayan juara lagu samaada kat rumah atau kat stadium,yang pasti aku ble lari dari keadaan itu semua, aku berlari ke timesquare dan melayan karaoke anjuran luncai mas dan sponsor by radio suriafm..dari awal hinggalah terakhir dan termaktublah siapa juaranya kerna pilihan juri yang terlatih katanya...


yang aku hairan kerna kebanyakannya peserta karok nie adalah macam tak buat study agaknya dia worang nie bulat-bulat kalo bole nak tiru sebijik macam penyanyi asal,mana ble menang jika ada nawaitu pembawakkan suara nan macam tu,komen biasa oleh para juri waima tak pro sekalipun akan berkata sedemikian rupa...kerna penonton sekarangpon kebanyakkannya dah celik dan cerdik it belaka...






Serang hendap gambang waterpark...

 HA..ha..ha....
Apsal aku gelak?,sebab dapat realese tension laaa..memang pax giler ramai mejoriti 100% adalah yang datang ke gambang water park ni adalah orang melayu..mana pergi bangsa lain selain melayupun aku tak tau la kan.bersempena dengan cuti umum sempena gong xi fa chai pada 24/1/12,seawal jam 0900 pagi kita orang gerak dari rumah puan norizan jamian dan husbandnya yakni selaku adik angkat aku yang sejak dari kecik lagi mak husband si ejan nie merangkap selaku mak mertua dia telah menjadi mak angkat aku..


kami gerak dengan 2 buah kereta,sebiji lagi kereta kakak si ejan kak long dan keluarganya serta bersama maknya..sesampainya didepan pintu gambang waterpark sungguh tak aku sangka dari yang kecik sampai la ke bangka memang penuh,semuanya pakat serang gambang waterpark nie.hampir semua tempat gazebo@ cabana penuh dihuni oleh sekeluarga.apa yang nak aku katakan disini adalah bukan pasal padat dengan manusia sahaja tapi pasal top up counter tu adalah kerana???????..
pertama sememangnya tak bley sesekali bawak makanan dan minuman dari luar itu standard la kann..yang aku nak citer bila nak masuk kita akan dapat gelang dan ada bar code?,so dia akan scan barcode tu bila kita nak sewa segala peralatan seperti pelampung dan sebagainya,nasihat ku dari awalan semasa membeli ticket nak masuk diawalan lagilah kena top up itu duit didalamnya,bila dah mandi lelama perutpun mula la laporkan,so nanti cuma beratur di tempat makan yang ala-ala restoran ambik order dan scan itu barcode aje,jangan risau pasal lebihan balance tadi akan boleh di tebus dicaunter no5...so aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua yang mengenalli diri ini...






Layankan jap...

Entah apa pasal ntah,aku terasa bosan sesangat dok umah pada sabtu yang haru,kerna aku baru je balik dari melaka ke jasin demi tugas.so sebelah malamnya aku free lalu aku layan la sesorang konsert kat karangkraf seksyen15 shah alam nie...

Apa yang boleh aku katakan sound syestem dia agak out sikit.seriusly telinga aku nie memang peka bab bunyi ne sama ada dia worang tak buat sound check?,atau sekadar ala kadar je atau ble sedap didengar ikut selera telinga dia worang la kan.apa yang aku pelik pasal anugerah malam tu adalah tang papa hot dan mama hot dimenangi oleh si norman hakim buat papa hot dan mama hotnya adalah abby abadi..macam dah disusun atur je kannn...

Walau apa pun, ada satu insiden yang aku tak ble lupa adalah bila si akimAF sambil menyanyi dia ble turun bawah trus grab tangan rozita che wan sijanda meletop tu?.dan lepas tu ada seorang mamat ne trus je naik ke atas stage tarik tangan rozita che wan ne dengan cara bersopan la terus ajak ke bawah duduk balik...haha aku tak tau la nanti reporter karangkraf nak tulis apa itu cerita dalam majalahnya kannn...

ne aku senaraikan yang aku ingat ANUGERAH YANG ADA DAN SIAPA YANG MENANG...

1} MAMA HOT ~ ABBY ABADI

2} PAPA HOT ~  NORMAN HAKIM

3} JANDA HOT ~ NORA DANISH

4} DUDA HOT ~ BEEGO

5} WANITA RAMBUT MENAWAN ~ FAUZIAH GAOUS

6} LELAKI RAMBUT MENAWAN ~ GAMBIT

7} ARTIS STYLO ~ STACY

8} ARTIS KULIT MENAWAN LELAKI ~ ARON AZIZ

9} ARTIS KULIT MENAWAN WANITA ~ DATO SITI

10}

Wednesday, January 25, 2012

Masih ada lagi ini Restorant McDota SEGAMAT


   Salam pembuka selera?
test..test..testing..setelah sekian lama aku meningalkan dunia blog yang dah sekian lama di tebal oleh sawang nie,so sempena pada tahun 2012 ne,aku berharap ia akan hidup kembali semula dan bernyawa..setelah aku dapat menyambar camera g12.yang ku gelarnya perakam masa..
 So baru-baru nie aku pulang ke kampung ku yang bernama ~SEGAR AMAT~ bersempena dengan cuti gong xi fa chai,so dalam pusing town nak carik makan?,apa yang aku nampak adalah kelainan dari biasa restoren nie adalah menu ayam masakkan ala melayu..


                                                           
Add caption
Jika setakat McD ke KFC ke ataupun MARYBROWN tu macam dah biasa sesangat,so ne dia nan lain dan masih teguh berada disini adalah McDOTA.dari aku kechil sehinggalah aku dewasa sekarang nie masih teguh dan still beroperasi macam biasa,,,teringat pulak kat arwah atuk aku yang dulu semasa aku kechil dia pernah bawa aku makan kat sini.situasi dan keadaannya masih tak berubah lokasi dan tempat yang sama!,cuma yang berubah adalah kita dan tahun sahaja.restoren ne still maintain macam dulu gak...


WALUPON kita dah masuk ke tahun 2012,aku mengharapkan sesangat agar generasi yang akan datang akan sempat serta merasa akan masakkan makanan yang masih lagi gah ini..so buat arwah atukku al~fatihah buatnya..kerna ada kenangan nan terindah bersamamu,,tapi yang pasti masih beroperasi dan teguh restoren  ayam goreng nie.. nasi ala ayam,ayam goreng,sayur masam manis ala arca dan sos pencecah ayam adalah kuah kari,saat aku menulis niepon aku rasa macam nak balik je ke kampongku walaupun aku dah berada di kota lumpur nie semula..

so sampai jumpa lagi di lain entry....