Tuesday, September 10, 2013

Mencuba rasa,,,

Restorent china muslim
Ramai yang tahu sememangnya fakta
Makanan orang cina ni adalah nan sihat belaka
So kali nie entry adalah pasal makan
Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang
Main redah dari kampung delek ke jalan meru
Hanya memakan masa 1/2 jam saja ikut highway nkve
Lalu exit setia alam,dan tak berapa jauh dari lokasi bustand
Klang sentral ke lokasi kali ini..
Nama kedai makan dia adalah mohamad chan.
Bersama isteriku redah makan katanya!...

Sunday, April 28, 2013

Movie time wiff cik na iron man3

Setelah kian lama menghitung hari menanti akhirnyaaa...
Maka daku dan cik na meredah ke CITTA MALL tuk melayan iron man3..

Woow ramainya masa nak tunggu hall dibuka,ingatkan ramai sangat orang yang nak tonton ini cerita...tapi?. Setelah masuk kedalam hall5 boleh dikira dengan selayang pandang berpa kerat jew yang tengoj ironman3 sebab masa tayangannya pada firstday adalah hari jumaat bersamaan 26-4-2013,so mungkin ramai yang berkerja lagi kot...

So jom layan kannn...mana sesiapa yang belum tengok dipawagam,so masih lagi ditayangkan dipangung berhampiran ada masa meh chilllex sebentar layankan tuk releasekan sejenak mata dan otak jom ke panggung berhampiran....

Meriahkan pesta buku...

Akhirnya mendapat jua setelah sekian lama menanti dan ada masa free.
Trus mencari ke booth selute press dan grab buku,under aloy paradoks serta sambar dvd "kontradiksi" yang daku menanti sekelian lama,

Dari kelang ke pwtc bersama cik na,malas melanda dek kerna sebelah petang kelihatan cuaca mendung,so naik la pengangkutan awam komuter,setelah sekian lama daku tak naik transport public nie,kecuali malas melanda nak drive ataupun menungang "black horseku" risau pulak kang kuyup sebelum sampai ke halatuju.sesampai kat pintu masuk dari jauh aku dah disambut dengan senyuman si amar amir husband kepada fazleena hisamuddin,terus daku mencari plan guide mana letaknya booth si aloy paradoks nie.akhirnya mendapat bukunya,ingatkan bila mana aku bersua sama tukang tulis SEKSI OVARI Masa jumpa memula nak mintak sign kat buku tapi dia dah nak gerak jew,so terasa la hampa seketika.bila aku dah grab buku nie dandan pulak nak ke toilet,so lepas kuar dari toilet sambil lalu terpandang amar amir dan wifenya tukang tulis:-) SEKSI OVARI sedang melayan peminat bukunya berseisi autugraph,aku dengan segannya nak mintak sign dan nak snap picture wifeku bersama dengan tukang tulis SEKSI OVARI?

Memang tak daku sangka semata?...
Keluar dari pwtc ingat nak pergi makan dulu?, tapi hujan lebat melanda  bumi kuala lumpur..

Gerak laku terasa romantik bilamana berjalan dalam hujan berpimpinan tangan menghala ke stesyen putra komuter...

Memang tak daku sangka semata akan khatam hanya dalam train,
SEKSI OVARI Nukilan hasil tukang tulis dari fazleena hisamuddin
Yang boleh aku katakan adalah berintikan kisah asam garam situasi sekeliling kita,berkasih,bercinta,patah hati,berumahtangga,dan mengadap nanti usia tua bersama pasangan kita...

Jujur ikhlas dalam penulisannya...
Membuat kita terasa merasakannya MAKAN DALAM
Tentang hati..tentang perasaan..tentang rumah tangga..tentang kisah sekeliling kita kupas lara.. Dia MELARAM DENGAN SEKSI OVARI...
Daku tak sabar menanti next booknya...

Monday, November 26, 2012

~Muka Buku~ Dalam diam~diam...

Doakan kami berbahagia hingga hujung nyawa...

~Salam~
Pembuka bicara.
Setelah kian lama menyepi,kini daku kembali membelogkan diri di arena ini,

~Muka Buku~
Setiap sesuatu itu penuh dengan rahsia darinya illahi,segala bapak master plan jua adalah darinya siapapun tiada akan tahu..
Lalu aku merasakan diri lebih kerdil.saat mengenangkan kembali,dari titik mula aku mengenalli Cik naa,sehinggalah ia akan bergelar
Permaisuri dalam kamar hatiku esok,lusa,next change dan selamanya...

~Jemputan~
Maka dengan ini untuk meraikan kami merpati sejoli ini,kami akan dinikahkan pada malam 07/12/12,selepas isya.
Lalu selanjutnya esok harinya 08/12/12,adalah hari persandingan kami nan akan bermula pada 11:00am sehinggalah  jam 3:00pm
Sebelah malam pula ada majlis menyambut harilahir anak sedara akan bermula selepas solat maghrib dan akan berakhir pada 10:00pm.
Sudilah kiranya sahabat, rakan taulan saudara~saudari,encik,puan,dato,datin,memeriahkan majlis kami nan seadanya nanti...

~photo shoot~
Sempatlah jua kami merakamkam sedetik cuma beberapa gambar praweeding yang berkonsepkan Zaman 60an,terima kaseh jua tak terhingga pada sesiapa jua nan menjayakan photoshoot kami ini.buat keluarga kamariah dan istana hinggapnya,puan norazian sekeluarga,Tengku Erriz,Cik Nadya rahim dan eheemmnya,serta sicilik camera gurl Nazeera,serta nan namanya tak disebutkan harap~harap diamponkan sembah patek...
Disudahkan dengan pantun petupnya,

"
SIREH JUNJUNG DIPERDU LADA
DIBAWA OLEH SIANAK DARA
SUDILAH KEMAJLIS NAN SEADA
KAMI MENJEMPUT SEMUA SANAK DAN SAUDARA
WARNA WARNI CERIA PENGHIAS MAJLIS
DOAKAN SEMUANYA LANCAR SAMPAI PENGAHBIS "

Monday, May 7, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

Sejenak cuci mata dengan air terjun pandan @ pancing

Add caption
 Seperti yang dijanjikan entah mengapa memang tak plan b apatah lagi plan c,seawal bangun tidurku jam 6:00pagi mata dah terbayang pemandangan nan indah air terjun sungai pandan nan berdeketan dengan felda pancing.jalan nak masuk kesini dari luar simpang jaya gading adalah 5 kilometer.tup-tup aku dengan cergas terus pek apa yang patut dan terus menuju hala ke kuantan ikut jalan lama KARAK...

Sesampai disana aku rasakan sejuk dingin ketulang telah terasa cuaca nan dingin,berkemungkinan hujan bakal turun rasanya.apa yang boleh aku katakan satu pemandangan nan indah yakni airterjun terbentang indah didepan mata,lalu dengan cergas berbekalkan kekasih gelap12 ku terus melaksanakan misi yaitu snap-snap apa nan cantek viewnya...


boleh tahan jua pengunjung kebanyakannya adalah orang melayu,dari yang couple hinggalah berfamily.siap ada yang berbeku lagi..tapi ada sesetengah orang buat-buat tak tahu jew?,ada tempat yang dikuatkuasakan dengan singboard kawasan "KAWASAN LARANGAN MEMBAKAR" tapi relak jew,seperti ayat formal ~human make rule to broken~ so makanya tidak hairanlah bilamana ada hutan terbakar ataupun dengan sukannya mereka melanggar perintah sampai ada yang aku lihat sanggup memanjat batu licin,jika terjadi apa-apa maka tanggunglah sendiri yek...


so,,sampai disini dulu bicara pasal air terjun pandan nie..apa yang boleh aku katakan memang awesome viewnya...terbaik sebijik macam dalam poskad yang pernah aku dapat satu masa dahulu..so tunggu pulak next entry yek...






Add caption

Saturday, April 21, 2012

cukup sekadar gambar bercerita...

maka tanpa aku duga bila tangan dan minda bergerak ligat apatah lagi masa nie aku dalam perjalanan pulang dari penang ke kl actualy,ntah macammana tetiba jew aku teringatkan tasik banding punya view yang pernah aku usaha kat picture google..so misi seterusnya tunggu je next entry akan aku ke pahang snap beberapa keping gambar air terjun pancing pula...

apa yang boleh aku katakan dalam perjalanan dari penang ke laluan gerik nie adalah memang mencabar,sampai aku tersalah simpang al-maklumlah nak jimat kos ikut jalan lama.melalui jalan banjaran titiwangsa memang sangat mencabar akal dan minda nan waras,pabilamana kalo tak berhati-hati masa memandu boleh mendatangkan kecelakaan...so memang rare la jalan nie..memang keras woo...selekoh terlalu tajam dari selekoh di genting highlands,jika selepas hujan nak kena berjaga-jaga berkemungkinan besar tengah drive boleh terserempak dengan gajah liar...

apa yang aku risaukan jalannya terlalu sempit dan mencabar apatah lagi kerja aku sebagai seorang driver la kan,jalan yang aku lalai nie amatlah mencabar,kerna walaupun hujan tak melanda kemungkinan besar jalan akan menjadi licin dan terlalu basah dek simbahan air kabus nan di bawa oleh awan yang bukan nano haha...apa yang aku nak nasihatkan jika melalui jalan ini adalah siapkan mental dan jua jiwa nan kental kerna jika ada breakdown aku rasa tak tau apa yang kau bakal jumpa jap lagi,bukan menakutkan cuma bersiap sedia dari segala mental itu aje boleh aku kata.kerna silap haribulan pak belang pon boleh mengaum kerna disinilah terdapatnya hutan nan betul-betul dara al maklumlah  LEMBAH BELUM menanti maknanya memang betul-betul tebal la hutan nan ada dikiri dan kanan jalan...