Sunday, June 13, 2010

semua manusia gila...

dalam kewarasan banyak gila
yang gila nak jadik kaya raya
yang gila kuasa serba vetor
yang gila makeup touchup kereta
yang gila motor merempit mati tersepit
yang gila dangdut anak bini haru biru
yang gila disko hari-hari happy
yang gila arak duit naik parak
yang gila duit kerja tak ingat nak balik...

nak gila lagi jika serba kecoh
nak gila lagi asyik dok umpat dan keji
nak gila lagi tumbangkan rakan kongsi
nak gila lagi tikam nombor hari-hari
nak gila lagi memancing tak ingat anak bini
nak gila lagi duduk kedai ekor lagi
nak gila lagi main game tiap hari
nak gila lagi buat maksiat macam tak berdosa
nak gila lagi asyik penuhkan nawaitu hati...

akukah yang dah gilaaa...
saat memandang seorang sang gila
dalam tidak kewarasan atau sang gila
dia adalah cerminan duniawi
dalam menilai hak batil insani
dia sang gila aman sentiasa
tak pernah nak gilakan gila
sang gila tak gilakan kuasa sana sini
sang gila tak gilakan nak ada kroni
sang gila tak gilakan harta duniawi
sang gila tak gilakan segala judi
sang gila tak gilakan nak jadi kabinet itu ini
sang gila tak gilakan nak menjadi menteri
sang gila tak gilakan nak punya yang kau punya
sang gila tak gilakan siang
sang gila tak gilakan malam
sang gila tak hiraukan apa jua
kerna sang gila dalam dunianya sendiri
tanpa ada sepalit dosa di cipta hari-hari
wajarkah sang gila di katakan gila
kalau iapun cuma dengan segala kegilaan itu
lalu membuatkan sang waras menjadi bertambah gilaa...

akukah gila...
dalam melihat pada pandangan crminan mataku
menilai dari sudut sang gila orang gila
yang tak pernah terpikir olehku sebelum ini
lantera aku menjadi aku
yang tidak mahu menuduh sang gila itu
orang gila...

No comments:

Post a Comment