Sunday, August 29, 2010

Bicara Indahnya Cinta Buatan...

tik..tap..sepatu berbunyi menarik minat nan teramat menoleh tertoleh

wajah tak kulihat sekelat memoncung gadis-gadis tak berkunjung

semerbak wangian kalahkan bidadari syurgawi atau kasturi raihanni

masih tak muncul seraut wajah nan di damba jejaka seidaman

sangka bertingka dalam pemikiran rupa nan datang ambik dua alam

mengomel sendiri salah meneka dalam gambaran samar minda

yang sampai dulu belum pasti nan siapa tahu selepas di sebalik-baliknya

rupannya ada seraut wajah mulus dalam ertikata sebujur sirih merah memilih merkah

sekuntum senyuman bukan plastik buatan senada ukiran tangan

kurniaan tuhan meluluhkan segenap kasih untuk dipersembahkan buatnya

walau jua diri telah berpunya walhal anak dah lima sederet meleret

manisan bukan bergula cuma,ayat mengayat sampai melekat katanya

bila terbalas lupa semuanya status diri kini meninggi diri bagai bujangan

terlaksana maka segala hajat kasih berputik dalam cinta buatan

siapa jujur dalam berkata beroleh kemenangan itu janjinya

yang sebaliknay kedangkalan nafsu mencarik jalan mengeratkan hubungan

sikap curang dan tak jujur lambat dan cepat pasti terlihat

kesiankan si dia katanya dari mulanya,bila kesian menjadi perkasihan

maka hati kian akan bersulam kasih lain menjadi indah cinta buatan...



peluang terhidang jangan di lepaskan katanya menjadi katanya

dalam indah bicara memenuhi tuntutan nawaitu serakah hati

sanggup menempelak sejuta kejujuran nan telah bertakhta sekian lama

katanya bila isteri untuk suami,bila ibu untuk anak-anak,mati tingkah dibuatnya

bukan sendiri nak menjejakki langkah serabut nan di buat bagai serabut kelapa

cuma sedari tadi meningkah sikap melangar hukum dalam keimanan katanya

patah lah balik segala ada jalan masih terbuka buat u turn pangkal semula

tak usah akan bicara indahnya cinta buatanmu mainan serakah janji iblis

sampai masanya semuanya bakal jua akan di habis...

No comments:

Post a Comment