Sunday, August 29, 2010

Bicara Indahnya Cinta Buatan...

tik..tap..sepatu berbunyi menarik minat nan teramat menoleh tertoleh

wajah tak kulihat sekelat memoncung gadis-gadis tak berkunjung

semerbak wangian kalahkan bidadari syurgawi atau kasturi raihanni

masih tak muncul seraut wajah nan di damba jejaka seidaman

sangka bertingka dalam pemikiran rupa nan datang ambik dua alam

mengomel sendiri salah meneka dalam gambaran samar minda

yang sampai dulu belum pasti nan siapa tahu selepas di sebalik-baliknya

rupannya ada seraut wajah mulus dalam ertikata sebujur sirih merah memilih merkah

sekuntum senyuman bukan plastik buatan senada ukiran tangan

kurniaan tuhan meluluhkan segenap kasih untuk dipersembahkan buatnya

walau jua diri telah berpunya walhal anak dah lima sederet meleret

manisan bukan bergula cuma,ayat mengayat sampai melekat katanya

bila terbalas lupa semuanya status diri kini meninggi diri bagai bujangan

terlaksana maka segala hajat kasih berputik dalam cinta buatan

siapa jujur dalam berkata beroleh kemenangan itu janjinya

yang sebaliknay kedangkalan nafsu mencarik jalan mengeratkan hubungan

sikap curang dan tak jujur lambat dan cepat pasti terlihat

kesiankan si dia katanya dari mulanya,bila kesian menjadi perkasihan

maka hati kian akan bersulam kasih lain menjadi indah cinta buatan...



peluang terhidang jangan di lepaskan katanya menjadi katanya

dalam indah bicara memenuhi tuntutan nawaitu serakah hati

sanggup menempelak sejuta kejujuran nan telah bertakhta sekian lama

katanya bila isteri untuk suami,bila ibu untuk anak-anak,mati tingkah dibuatnya

bukan sendiri nak menjejakki langkah serabut nan di buat bagai serabut kelapa

cuma sedari tadi meningkah sikap melangar hukum dalam keimanan katanya

patah lah balik segala ada jalan masih terbuka buat u turn pangkal semula

tak usah akan bicara indahnya cinta buatanmu mainan serakah janji iblis

sampai masanya semuanya bakal jua akan di habis...

Segunung Derita Ku Telan...

terima kasih pada semalam ya semalam

yang mengajarkan dan mengenalkan seorang aku

sebuah kebahagian yang telah aku robek luluh

kerna hatiku bukan kejam dalam erti kasih sebenar

aku lebih rela memilih sebuah derita yang perit

daripada bersenang di atas kekecewaan insan lain

butakah mata akalku saat menanti seribu bahagia menjenguk

dalam meniti arus dunia ini yang penuh propagandanya

hari ne aku sanjung,puja angkat,lambung sampai langit

esok lusa siapa peduli walhal sepalat kelat menanti

insan dan batu nisan sering mendekatti walau mintak di jauhkan

perhitungkan segala derita nan perolehi atau bahagia bukan persoalan

akan di timbang kelak cuma dosa dan pahala segala amalan

siapa sangka rindu bahagia di ambang derita perolehi jua

biar seperit pahit jadam sekalipun ku telan dan rempuhhi jua

bila kata-kata kebenaran di salah ertikan aku pasrah bukan mengalah

bangga dengan sebuah derita nan di tinggalkan dalam perit hati

bagai hari nan dilalui kelak maghrib pasti menjelma jua

siapa pernah duga jerangkap samar penuh gelak tawa dalam derita....



biar segunung derita akan ku tawan hingga ke puncaknya

kerna pasti indah akan bersulam tatkala ia rebah melandaku

ribut mendung,pasir,dalam kelam malam,kelak menjanjikan cuaca nan cerah

kala siang langit membiru mengilhamkan sebuah kedamaian nan terindah

mungkin ya atau tidak bukan kepastiannya kerna dalam bahagia masih bersulam derita

bicara sebuah bahagia seribu tahun tak habis,bicara derita sejuta tahun tak habis

cuma kupasan pada sebuah derita pasti beroleh bahagia jua jawapannya itu janjinya

semacam tak percaya bilamana janji-janji tingalan cuma bagai pasak yang kian rasak

gelombang hidup beralun mainan jiwa peranan kita menangananinya acara bicara jiwa

keluh kesah siapa biasa paham bahasa monolog dalaman mainan silang kata

jawapan berbelit dengan persoalan sering terkeliru selalunya

lalu jangan pernah di reka sebuah derita mahupun sebuah bahagia kelak menjadi nyata

bukan suka mencari bahagia mahupun derita,cuma sekadar meruah apa nan di rasa

kadangkala masa depan itu sendiri lebih menakutkan,dari hantu yang menakutkan

kerna belum pasti di sebalik-baliknya selak tersurat masih tersirat hadappi jua

ketenangan dalam menghadppi hari mendatang mungkin kedangkalan bisa mematangkan

cikgu segala pengalaman dalam hidup jua datangnya dari bahagia dan derita sendiri

lalu menjadikan manusia berganjak ke tangga seterusnya dalam capai hajat nan munajat

selammi salah diri bongkar silap diri mencari makrifat tersurat,buka minda hati

semoga jua beroleh segala apa yang di hajatti semahumu sesungguhmu

sambil berlari kabarkan dalam bahagia atau derita aku lalui jalan teramat sukar jua

moga sirna bahagia akan terserlah pada suatu masa,tapi sampai bila mainan tuhan...


akula aku: 30082010, 12:21am

Saturday, August 21, 2010

lahirmu kedunia ini tak pernah di pinta

tak sempat di azankan lalu di Qamatkan

tangismu suci seputih kain menyambutmu

kau belum kenal mana dosa dan pahala

ada tak sempat membuka sepicing matapun

pepatah melayu ada menyatakan dan aku tak salahkan pepatah

lebih baik di bunuh aje waktu keciknya kalo besar menyusahkan

siapa yang salah dalam hal ini dan agenda ini sebenarnya

mak nak jawapkan ke,bapak nak jawapkan ker,atuk nak jawapkan ker?

semua akan diam membatu,kalau boleh nak bunuh jer anaknya yang buang anak

terlajak perahu boleh di undurkan,terlajak perbuatan inilah padahnya{ayat lama}

salah didikkan kah,salah mak kah,salah bapak kah,salah atuk kah?

terkelu lidah,terkedu hati,terhenti degup jantung,inikah balasanmu jasa bonda

sedang dulu sama jua bonda sembilan bulan sepuluh hari jua melahirkan akanmu

mana silap,mana salah,usah di singkap segala tabir nan di sebalik-baliknya

kata masyarakat sedangkan kera dihutan disusukan inikan pula anak nak dibiarkan akan

mati kelaparan.manusia-manusia bertopengkan jin nafsu dan serakahnya syaitan membisik

yakni {silkatnaz} syaitan yang membisik melakukan mengajak ke jalan kejahatan

melayu yang di melayukan ker mereka semua ini...sejahil apakah nasranai atau majusi

bila hilang pegangan agama panduan idup bagai biduk nan hilang arahnya

bagai lautan nan luas tanpa hala tujuwannya kemanakah perginya

atau cuma menunding jari pada si pelaku,tak selesai akan segala masaalahnya

{kata lama} nasi sudah menjadi bubur,so kena makan ajelah perut dah lapor...


nikmat dunia nan di persia-siakan oleh manusia banjingan nan hanjing sesangat

walau binatang yang haram sekalipun sememangnya mempunyai sifat semulajadinya

mennyanginya akan anaknya dibelai dan di asuh dijaga serapi mungkin,

namun sayang sekali sifat manusia nan bukan manusia sebenarnya

setelah dikandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari akhirnya ia di binkan

sampahkan, kuburkan,hanyutkan,masjidkan,busstopkan,digongong oleh anjing...

adakah sebaik cadangan membiarkan remaja berkahwin pada usia seawal 16tahun

melenyapkan segala tindakkan nan kurang bijak segelintir manusia sepertinya

aku gusar,aku gundah gulana,dengan manusia sepertinya nafsu menerajui merajai

sedang dipihak insan lain memohon sezaman sedekad menadah tangannya

merintih doa melata ikhtiarkan kenyataan mahukan seorang bayi,bukannya seekor bayi

yang bisa dicampakkan lalu ia akan boleh memulakan hidupnya sendiri.....


mana letak warasnya pemikiran,mana letaknya perikemanusian,mana letaknya belas ihsan

bila dosa dan noda manjadi lali inilah ia akan bakal terjadi tiba

dunia mendekat sedekat akhir zaman,bermacam bencana bercorak menimpa dicongakkan

dosa nan dosa bagai dimuliakan seadanya jika tak dilunaskannya

tiada pernah ada rasa kesal dan bersalah wujud dalam dirinya seadanya.

{kata pujangga} nasik lemak,buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan,

buang emak buang saudara,kerna kekasih hamba ikutkan.pincangkah suabahasa dalam indah

susunan kata cuma fatwa pujangga,dalam mengindah memolek tingkah dan laku

salahkah silelaki ataupun perempuan dalam ini hal sebegini sebenarnya?.

hakikatnya.keduanya bersalah sememangnay,bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

{kata pujangga},inikah yang harus di tunjukkan dalam indah sebuah nan cinta suci

ataupun ini dikatakan suci dalam debu cintanya,dua jiwa satu hati katanya...



nukilan:akula aku. 29082010 11:17pm

wacana t.s.u.n.a.m.i politik katanya....

Malaikat-malaikat kecil sedang menganyam jaring mimpi

buat sang puteri kecil bertemankan mimpi indah buatnya

bukan sekadar momok kosong cakap sekadar sandaran cuma

melepaskan batuk ditangga resah menyelimutti liang roma

AH..Persetan dengan gula-gula kata janji manis sang menteri

bila melebur janji segadai maruah di dada luhur hancur

aku terpingga belenggu irama syahdu jelata melarat jiwanya

bukan aku tapi yang lain menagih sejuta janji sang menteri

menefesto terpesong bagai hanjing menyalak bukit menyakitkan telinga...


terhinakah jelata dalam jelaga suara-suara sakti itu

salahkah laku lidah menuntut apa yang di katakan itu

sogok menyogok kalau suka di tarik bak cucuk idungnya

sokong aku pangkah aku pasti ku berikan segala janjiku

kata keramat yang teramat-amat bagai dibuat skripnya semalam

sedih kulihat kudengar kusaksikan bilamana polos menjengah jelata

mana sang Y.B.saat singkat tenat sang jelata meminta keperluannya

rintih hiba bagai hujan rintik-rintik angin jelata jarangnya cantek

bila berubah anginnya dikatakan t.s.u.n.a.m.i politik katanyaaa

mereka yang berpangkat nan di angkat segala kerabat dan darjat

bukan dari jerit sokong sang jelata nan sering melata pangkah

kata nista sering ku dengar kelemahan di politikkan kedai kopi

acaranya agenda situ sini umpatan keji bagai dia nan suci

ah kau aku sama hangguk dan gelengkan kepala bicara cuma di pinggiran

debat kata selera jiwa meruah marah pada yang tiada depan mata

amukkan pekikkan bagaikan penderhaka yang chilaka di kota melaka

sadarkan kamu pijak tanah tumpah darahnya sendiri selama ini

dulu kini katanya kita sealiran bermuzakarah dalam gelangang ini

mentelaah ilmu sejajar warisan ayahnda dan bonda tidak saksama

T.tuhan

S.suruh

U.umat

N.nabi

A.agar

M.mereka

I.insaf

adakah pemahaman kita berbeza atau di beza-bezakan
sadarkan aku andai bicara ku terpesong biar ayat ku dipancung
agar dosa ku tidak selambak pada rakyat jelata yang jelaga idupnya...
luahan ini bukan bermakna aku suka itu dan ini...
cuma aku adalah aku,menjaga hak aku suara aku dan siapa aku...

02:45am 22092010

akula aku laaa...